Tuesday, July 24, 2012

yer, kamu kuat

"kamu memang kuat"  "kamu memang cukup tabah" "banyak yang kena belajar dari kamu ni"
aish~.. hati terasa seperti disentap setiap kali aku dihujani ayat seperti ini..
luahan ikhlas dr hati seorang sahabat yang ikhlas..
namun, hati masih tak mampu menerima pujian yang dirasakan begitu berat itu..
terasa seperti taklifan yang amat berat jatuh menghempap tubuh yang lemah..
terasa amat malunya aku dihadapan Allah.. malu yang teramat sangat..

sungguh mereka hanya melihat aku yang luaran...
hakikatnya aku punya 1001 aib yang Allah tutup kn..
yer, diri ini hanya lah insan yang rapuh dan lemah..
hati ini mungkin penuh dengan tompok2 hitam yang menggelapkan dari masa silam ku..
aku yang kini sedang berusaha sedaya upaya menguatkan mujahadah ku..

taklifan yang sungguh berat itu terasa bagai tidak layak untuk aku galas..
aku pernah merasai kegagalan dalam memikul amanah..
amanah yang cukup berat pernah aku abaikan kerana cinta pada dunia..
mungkin bukan aku mngabaikannya secara terang lagi nyata,
namun aku tahu, dicelah2nya terlalu banyak amanah yang telah aku khianati..
aku bukan pemimpin yang layak memegang amanah..
aku pernah menzalami diri sndiri bahkan orang lain juga..

maka aku takut.. tersangat takut dengan amanah yang sungguh berat itu..
sejarah, pengalaman banyak mengajar aku..guru terbaik..
aku takut taklifan itu bakal aku persia kn sekali lagi..

tapi ya Allah..
andai ini yang telah Kau tetapkan dalam garis takdir perjalanan hidupku,
maka aku terima dengan hati yang redha..
hati ini rela demi cintaMu..
aku yakin, Kau meletakkan hambaMu ats kemampuannya atas setiap yang berlaku..
aku pohon, dikuatkan mujahadah dan dithabatkan istiqamah..
hanya padaMu, demi cintaMu..
Allahumma Amiin...

No comments:

Post a Comment