Tuesday, July 24, 2012

aku hamba yang buta

aku pernah meminta..
pada tuhanku yang Maha Penyayang..
"ya Allah, pimpin lah aku seperti orang buta yang dipimpin jalannya"
entah kenapa, aku yakin doa aku yang satu ini telah pun dimakbulkan oleh Nya..
kerana kini aku sendiri terasakan bagai orang yang buta..
kenapa BUTA..??
kerana aku tidak tahu kenapa dan apakah yang telah Dia aturkan untuk aku..
kenapa ujian itu dan ini yang menimpa..?
kenapa setelah satu ujian berlalu datang lagi yang lain..?
apa sebenarnye yang telah Allah rencanakan untuk aku..?

yer, aku memang buta dari mengetahui kenapa dan mengapa..
tapi yang aku yakin dan teramatlah yakin..
Dia sangat dekat dengan aku dan sedang memimpin aku yang buta ini ke arahNya..
yer, aku sedang dipimpin oleh Nya..
aku yakin itu..yakin sepenuhnya..dengan seluruh hatiku.. :D

ya Allah, moge hati ini makin hampir dengan cintaMu..
Allahumma Amiin.. :)

No comments:

Post a Comment