Saturday, September 1, 2012

hamba cintaMu

aku hanyalah seorang hamba
dan hamba itu punya seribu satu kelemahan

tapi Alhamdulillah
kerana aku selamanya hamba Dia
bukan hamba dunia

jika aku adalah hamba dunia
pasti aku lah insan yg paling trsungkur
rebah menyembah bumi
namun kerana aku hamba Dia
aku masih punya daya
walau sehebat mana jua ujian yg melanda
kerana aku hamba Dia
aku tahu aku akan sentiasa punya Dia

andai ini 
jalan yang perlu aku tempuhi
demi cinta Mu

aku rela
hanya untukMu

yang aku pohon
yang aku ingin
hanyalah cinta dan redha Mu
terima lah hamba yg lemah ini
tiada mungkin ada dua cinta
dalam satu hati

segala kurniaanMu ini
akan aku jadi kan kekuatan
buat meneruskan perjuangan
yang tidak akan pernah sepi
daripada ujian dan dugaan

apakah cintaku ini
diterima olehMu
=)

No comments:

Post a Comment