Thursday, September 27, 2012

menangisi~

Alhamdulillah.. gembira sangat hari ni..
sebab da jumpa geng yang sefikrah... weee~~
Alhamdulillah atas nikmat yang Kau beri ya Allah..
dapat berkumpul bersama di dataran dan berkonvoi bersama..
walaupun baru kenal tp manis nye ukhwah tetap dirasa..

tapi dalam tazkirah tadi, ada satu point yang mnyentap jiwa..
-menangis kerana orang itu adalah berdosa.. kerana gelisah nya hati kita menunjukkan yang itu adalah dosa-

seriusly tersentap..
ya Allah, andai menangis kerana hambaMu itu suatu dosa, maka Kau ampunkan lah dosa-dosa ku ini ya Rahim, Ya Rahman... :'(.. sungguh aku punya hati yang sangat rapuh.. kuatkan lah aku.. Allahumma Amiin

Tuesday, September 25, 2012

ukwahfillah~


membaca blog yang aku selalu baca..
dan air mata mengalir tanpa disedari..
senyuman pun terus terlakar dibibir..
touching.. :')

jazakillah khairan kasiran..
moge ukhwah bertaut sampai ke syurga
ya Allah, kekal kan la kami dalam kasih kerana Mu
dan hanya kerana Mu
dan kumpulkan lah kami bersama-sama kekasih2 Mu
di syurga nanti..
Allahumma Amiin..

fren till jannah~
ukwahfillah abadan abada

Friday, September 21, 2012

takdir yang menguji

takdir 
ini yang aku percaya
yang telah ditulis oleh Nya di atas
dan takdir ini
yang telah membawa kita semakin dekat
membawa aku semakin hampir dengan mu

di setiap yang berlaku
pasti ade hikmahnya
kalau bukan hari ini
mungkin esok atau lusa
kita akan tahu juga

tapi takdir yang satu ini
sungguh menguji hati yang lemah
takdir yang satu ini
buat aku semakin meneguhkan diri ku
buat aku semakin kuat
dan kena kuat

entah kenapa
terasa seperti jodoh antara kita begitu kuat
tapi itu semua
hanya lah ilusi aku semata
seperti mustahil menjadi realiti
takdir ini hanya untuk menguji
yer, ia untuk menguji..

tapi masih aku percaya
di penghujung setiap penantian dan kesabaran
ade rahmat dan anugerah dari Nya

Ya Allah, semoga dikuatkan hati yang rapuh dan lemah ini.. hanya pada Mu aku pohon diberi kekuatan.. hanya pada Mu aku pohon ditunjukkan jalan, diterangkan hati, diberikan hidayah n taufiq Mu.. =)

Wednesday, September 19, 2012

a fact



You say you love rain,but you use an umbrella to walk under it.
You say you love sun,but you seek shade when it is shining.
You say you love wind,but when it's comes you close your window.
So that why I'm scared when you say you love me.

:)

Sunday, September 9, 2012

doa untuk mu.. :)


Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di syurga nanti

Tahukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku
Tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia


tiada limit untuk cinta.. bilamana cinta itu adalah kerana Nya.. :)
yup, bilamana ade nye cinta untuk Dia, maka ade lah cinta kita untuk semua makhlukNya..
cinta yang tiada tolok bandingnya.. tiada limit untuk cinta yang di langit mahupun bumi.. 

dan aku akan sentiasa berusaha meletakkan cintaku untuk Dia menjadi yang teratas dalam hatiku..
walaupun hati ini lemah dan rapuh.. tapi aku mahu terus kuat demi cinta Dia..
aku mahu tinggalkan cinta pada dunia dan juga manusia demi mngejar cinta yang lebih abadi..
cinta aku pada dunia pernah menjatuhkan aku.. cinta aku pada manusia pernah mencalarkan aku..
jadi, aku mahu mencintai Dia dan hanya Dia.. supaya semua cinta yang ada dari ku di langit dan di bumi hanyalah untuk Dia... :)

ya Allah yang Maha Pengampun dan Penyayang.. ampunkan lah hati yang masih punya cinta pada dunia dan pada hambaMu.. aku hanya insan yang lemah.. bantu lah aku di setiap saat ku ya Allah.. hilangkan lah rasa cinta yang bukan milikku bila ia tidak akan pernah menjadi milik ku.. ampunkan aku..kuatkan aku..  :'(

Thursday, September 6, 2012

sayang..?

Kadang-kadang,
Kerana terlalu sayang dengan seseorang, 
Allah ambil dia dari kita.
Allah jarakkan kita dengan dia..
Untuk uji kita..

Masihkah kita sayang pada yang MENGURNIAKAN rasa sayang itu
Masihkah kita sayang pada yang MENGANUGERAHKAN rasa sayang itu.
Dan masihkah kita percaya pada aturan DIA.
Untuk sedarkan kita.
Bahawa ada DIA yang perlu lebih kita sayangi, lebih dari segala-galanya.

Dan kadang-kadang,
Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai.
Saat Allah jarakkan kita,
Lalu timbul rasa rindu dan menyesal,
Itu bukan untuk menghukumi kita.

Tetapi untuk memberi pengajaran..
bahawa bila kita tak mahu menyayangi mereka..
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi..
lebih dari yang kita mahu lakukan.

p/s: copy n paste..hehe >_<

sembunyi

bismillahirrahmanirrahim

aku sedang cube mengerti apa yang tidak aku fahami,
walaupun aku mengetahui hakikat itu,
tidak mungkin aku beritahu pada mu bukan,
yang sebenar nye aku memahami,
ape yang sedang cuba kamu sampaikan.. =)

p/s: selamat tinggal  :)

Saturday, September 1, 2012

hamba cintaMu

aku hanyalah seorang hamba
dan hamba itu punya seribu satu kelemahan

tapi Alhamdulillah
kerana aku selamanya hamba Dia
bukan hamba dunia

jika aku adalah hamba dunia
pasti aku lah insan yg paling trsungkur
rebah menyembah bumi
namun kerana aku hamba Dia
aku masih punya daya
walau sehebat mana jua ujian yg melanda
kerana aku hamba Dia
aku tahu aku akan sentiasa punya Dia

andai ini 
jalan yang perlu aku tempuhi
demi cinta Mu

aku rela
hanya untukMu

yang aku pohon
yang aku ingin
hanyalah cinta dan redha Mu
terima lah hamba yg lemah ini
tiada mungkin ada dua cinta
dalam satu hati

segala kurniaanMu ini
akan aku jadi kan kekuatan
buat meneruskan perjuangan
yang tidak akan pernah sepi
daripada ujian dan dugaan

apakah cintaku ini
diterima olehMu
=)